Saturday, November 5, 2011

Ujian Allah

Adik yang paling manja kepadanya merenung matanya dalam-dalam. Adiknya seolah-olah memujuknya supaya jangan bersedih.Manakan dia berhenti bersedih sedangkan adiknya itu mungkin tidak faham keadaan pada ketika itu.

                                                                               ~TAMAT~

Ujian Allah Pada Hambanya

Dia segera menyuruh adik-adiknya mandi. Selesai mandi. Dia terdengar neneknya berkata bahawa adiknya sedang dibedah siasat. Degupan jantungnya tidak henti. Malah semakin laju. Mulut hatinya pula terkumat-kamit berzikir kepada yang Esa. Berserah padanya.


Dia berasa amat sedih akan pemergian adik tersayang.


Disaat takbir bersahutan adiknya meninggal dunia subuh Aidiladha. Ya Allah kurniakanlah kesabaran kepada orang yang berkenaani...


Al Fatihah...

Ujian Allah

Assalamualikum.

Di sini saya coretkan sebuah kisah benar tentang seorang gadis melayu yang diuji Allah.
Bersama kita renungkan.

                      Hari itu tidak seperti biasa. Pagi biasanya di dikejutkan oleh uminya(ibunya) mahupun ayahnya. Tapi hari ini sangat berbeza.

                       Dia yang bangun dari tidurnya sendiri tatkala orang lain sedang sibuk. Sibuk dengan adiknya yang baru sahaja 5 bulan hadir ke bumi fana ini.

                       Dia sendiri terkejut dan kecut perut setelah mendengar neneknya berkata bahawa adiknya itu badanya sejuk dan mukanya pucat. Dia diam membatu.

                       Tiba-tba dia ternampak kelibat seorag wanita yang begitu risau sehingga menjadi tidak terurus. Itulah ibunya yang begitu resah,gelisah dan kelam-kabut. Dia tidak pernah nampak ibunya seresah,segelisah dan sebegitu kelam-kabut. Dia sendiri menjadi patung di situ kerana amat terkejut dengan apa yang berlaku.

                         Adiknya segera dibawa ke hospital oleh ayah dan ibunya.

                         Tiba-tiba dia terdengar esak tangis neneknya dan atuknya.Dia mengajak adiknya yang kedua dan keempat solat Subuh. Adiknya yang ketiga masih belum sedarkan diri.

                         Selesai solat,dia menangis kerana mengenangkan nasib adiknya itu.Dia berdoa.

                         Tiba-tiba dia teringat ada cebisan mutiara kasih yang ditunjukkan Allah dalam buku Rabiatul Adawaiyah."Allah tidak akan memberi ujian yang hambanya tidak mampu menaggung.

                        Bersambung....