Wednesday, December 21, 2011

Assalamualikum....

Sori laa dah lama x buka n post kat blog ni..


Saturday, November 5, 2011

Ujian Allah

Adik yang paling manja kepadanya merenung matanya dalam-dalam. Adiknya seolah-olah memujuknya supaya jangan bersedih.Manakan dia berhenti bersedih sedangkan adiknya itu mungkin tidak faham keadaan pada ketika itu.

                                                                               ~TAMAT~

Ujian Allah Pada Hambanya

Dia segera menyuruh adik-adiknya mandi. Selesai mandi. Dia terdengar neneknya berkata bahawa adiknya sedang dibedah siasat. Degupan jantungnya tidak henti. Malah semakin laju. Mulut hatinya pula terkumat-kamit berzikir kepada yang Esa. Berserah padanya.


Dia berasa amat sedih akan pemergian adik tersayang.


Disaat takbir bersahutan adiknya meninggal dunia subuh Aidiladha. Ya Allah kurniakanlah kesabaran kepada orang yang berkenaani...


Al Fatihah...

Ujian Allah

Assalamualikum.

Di sini saya coretkan sebuah kisah benar tentang seorang gadis melayu yang diuji Allah.
Bersama kita renungkan.

                      Hari itu tidak seperti biasa. Pagi biasanya di dikejutkan oleh uminya(ibunya) mahupun ayahnya. Tapi hari ini sangat berbeza.

                       Dia yang bangun dari tidurnya sendiri tatkala orang lain sedang sibuk. Sibuk dengan adiknya yang baru sahaja 5 bulan hadir ke bumi fana ini.

                       Dia sendiri terkejut dan kecut perut setelah mendengar neneknya berkata bahawa adiknya itu badanya sejuk dan mukanya pucat. Dia diam membatu.

                       Tiba-tba dia ternampak kelibat seorag wanita yang begitu risau sehingga menjadi tidak terurus. Itulah ibunya yang begitu resah,gelisah dan kelam-kabut. Dia tidak pernah nampak ibunya seresah,segelisah dan sebegitu kelam-kabut. Dia sendiri menjadi patung di situ kerana amat terkejut dengan apa yang berlaku.

                         Adiknya segera dibawa ke hospital oleh ayah dan ibunya.

                         Tiba-tiba dia terdengar esak tangis neneknya dan atuknya.Dia mengajak adiknya yang kedua dan keempat solat Subuh. Adiknya yang ketiga masih belum sedarkan diri.

                         Selesai solat,dia menangis kerana mengenangkan nasib adiknya itu.Dia berdoa.

                         Tiba-tiba dia teringat ada cebisan mutiara kasih yang ditunjukkan Allah dalam buku Rabiatul Adawaiyah."Allah tidak akan memberi ujian yang hambanya tidak mampu menaggung.

                        Bersambung....

Wednesday, October 26, 2011

Alhamdulillah. Syukur kepada Illahi kerana dengan izinnya yang maha Esa untuk saya membebel dalam blog yang tidak diminati ramai ini. Alhamdulillah. Selepas berjaya menhadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ku hanya mengharapkan doa anda semua untuk mendoakan saya mendapat kejayaan yang diredoi Illahi. Semoga dengan doa anda,saya memperoleh kejayaan yang diharapkan. Insyallah.

                                                                         ^_^  >.<  : )
                                                         Allah blessing you.

Friday, August 5, 2011

Salam

Syaitan sekarang berada di penjara neraka ibarat kita atau anak yang kecil tidak suka akan bulan Ramadhan kerana perlu berpuasa. Apabila kita meraikan kemenangan kita yang telah berpuasa selama satu bulan dengan berHari Raya. Syaitan juga beraya kerana mereka bebas dari penjara neraka. Semoga bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini dapat mendidik nafsu kita yang menjadi pegganti syaitan semasa buan yang mulia ini patuh dan akur akan arahan kita. Badan kita seperti sebuah kerajaan yang kita menjadi pemerintah atau raja. Kita yang mengawal semuanya supaya tidak terpesong. Kita yang perlu memerintahkan menteri Nafsu supaya jangan menghasut kita supaya jangan mengarahkan kita. Kita yang perlu mengawal mereka. Maka dengan kata lain,apabila rajanya baik,soleh,maka menteri-menterinya juga rakyat-rakyatnya baik dan soleh.

Itu sahaja coretan dari saya.
Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Yang benar,
Nurul Iman bt Mohd Faizul

Saturday, July 2, 2011

Muhammad Thalhah Ubaidillah



Itulah nama aikku.yang ke-7.Syukur ALHAMDULILLAH.Adikku yang ke-7 selamat dilahirkan pada 23 Mei 2011.Nak tengok gambar dia? Boleh! Ni gambarnya! Cute tak?