Thursday, July 31, 2008

Dengarlah ceritaku wahai TEMAN

Wahai teman mari mendengar,
mendengar lagu dari saya,
jika teman tidak mahu,
kelak nanti hidup tidak tenang.

Dendangkan boria pedoman hidup berikut.

KORUS
Insaflah diri sentiasa baringat
Rokok,alkohol,dadah dilaknat
Semoga sejahtera dunia akhirat
Inilah boria pesanan azimat

Menagih dadah buruk padahnya
Otak yang sihat jadi merana
Pertimbangan akal hilang ke mana
Merompak,mengugut,kehilangan nyawa

ULANG KORUS

Alkohol dan arak bawa bencana
Keluarga menjadi porak-peranda
Apabila mabuk lupa semua
Berlaku kejam sesama manusia

ULANG KORUS

Rokok juga mandatangkan bahaya
Banyakpenyakit berpunca daripanya
Hindarlah wahai remaja
Kelak hidupmu sihat sejahtera

ULANG KORUS

MELODI:BORIA